Assalamualaikum.. kisah blog lama yg hilang terpadam hingga tidak dapat dikesan.. salah siapa sy pun tk pasti..
tp kini kisah di blog lama sy bawa ke blog ini.. sebagai kenangan terindah..untuk mengingati kisah lama..
August 27th, 2009 by r-ayuni
Kebosanan di rumah membawa aku mereka barisan ayat-ayat ini.
Bukan ayat-ayat cinta tapi sebuah cerita pengubat kesunyian… petang tadi penat
sungguh aku. Mengemas rumah nak kata rajin tak jugak, maybe kerana terpaksa…
tak jugak.. mengemas untuk berhari raya terlalu awal sedangkan puasa kita baru
masuk hari ke-5 hari ini.. mood baik kot atau dengan kata lain saja nampak
kemas sikit biar aroma lilin yang terpasang membawa suasana yang lebih
menyegarkan…
Dalam kesibukan mengemas aku terjumpa sesuatu… inilah yang
ingin sekali aku kongsi bersama kalian.. gambar lama… hampir mencecah 10
tahun.. masih cantik dan mampu dilihat dengan jelas. Sapa mereka di dalam
gambar itu… insan yang amat kusayangi. Tanpa kesedari menitis air mata ini.
Terlalu rindu akan dia. Belaiannya, sentuhnya dan senyumannya… terlalu tersentuh
aku kerana aku membesar atas sentuhannya. Didikannya dan kederatnya… orangnya
bertubuh kecil tapi mempunyai hati yang kental. Ingatan yang kuat dan ketabahan
yang cukup mengagumkan aku.. hidup dalam zaman jepun hingga ke zaman
pembangunan pesat… peralihan zaman menyebabkan dia di mamah usia terlalu uzur
lalu kerana sakit tua ia pergi jua… Allah SWT lebih menyayanginya… aku redo
atas ketentuan Ilahi kerana usianya Cuma walaupun aku bersedia kehilangannya
tapi kehilangan cukup dirasai… Ya Allah aku izinkan Ya Allah. Ambil la dia agar
kesakitannya berkurangan lalu ia pergi buat selama-lamaya… tak dapat ku
bayangkan. Aku sentiasa bersamanya… ke mana jua.. menjaga ia di hospital, di
rumah, dan di klinik. Subang jaya medical centre berminggu aku di situ… bersama-samanya..
aku rindu padanya… Dan kini setiap kali rindu itu datang akan ku sertai dengan
iringan Doa agar ia ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman…AMIN…
Aku tak mampu meneruskan coretan ini. Emosi ini cukup
terganggu. Aku perlu berehat… ada masa dan kelapangan akan ku sambung kisah
ini. Kisah insan yang tersayang yang cukup hebat di mataku. Permata dihati…
Al-Fatihah buat Ucu nenek yang amat kusayangi..merenung wajah sayunya hati ini…
August 27th, 2009 by r-ayuni
Egois…
Kerana terlalu ego aku kecundang… tewas
dalam peperangan yang aku sendiri ciptakan. Kerana setinggi mana pun ego aku
maka tinggi lagi egonya… maafkan aku kerana tidak memahami mengapa dia penuh
dengan ego.. tinggi dengan ego yang menguji kesabaran ku. Kerap kali aku
menitiskan air mata tapi dibiarkan berlalu.. adakah kerana egonya atau kerana
egoku… lalu aku terus ego. Tanpa perbincangan dan luahan hati ke hati. Tapi
kerana ego ku itulah ia telah memusnahkan sebuah ikatan… aku seharusnya
bersabar melawan egonya.. cuba menurun darjah keegoannya.. bukan terus
sama-sama melawan ego.. namun ia sudah berlalu.. berlalu bersama masa yang
begitu pantas… pergi dan tidak akan kembali… Cuma perlukan aku ego lagi… ego
yang tidak kena pada tempatnya…
Ego bukan sesuatu yang tidak penting.
Amat penting dan biarlah ia kena pada tempatnya.. semua insan memiliki ego.
Cuma ada cara untuk mengurus ego sendiri dan ego orang lain. Yang terbaik
beralah lah kita sebagai wanita yang selalu di perkatakan insan bernama lelaki
mempunyai ego yang tinggi… beralah bukan bererti kalah tetapi mencari jalan,
peluang memahami situasi sebenar… pesananku buat diriku dan jua kalian bukan
tiada ego Cuma belajarlah berhadapan dengan ego…jangan terlalu egois!
August 27th, 2009 by r-ayuni
Salam Satu Malaysia……
Masih ingat lagi akan filem LOVE IS CINTA… sebuah filem yang
mengasyikan seperti Ada Cinta, Mencintai Cinta dan Cinta… satu ungkapan yang
cukup indah didengari dan cukup membuat kita tersenyum…. senyuman yang membawa
seribu makna yang tersirat dan tersurat…
Apakah dengan bercinta ia akan lebih bermakna.. berapakah
tempoh matang bercinta yang paling terbaik… pernahkan kita terfikir untuk
bercinta selepas berkahwin atau sebaik-baiknya bercinta untuk melangkah ke
gerbang perkahwinan…
Bukan senang untuk bercinta di mana mencintai dan dicintai…
kebahagiaan di kala berputiknya sebuah percintaan yang belum pasti menjanjikan
kebahagiaan ke akhir hayat… namun kita insan yang berani. Berani menghadapi
sebuah percintaan dengan pelbagai ranjau n rintangan. Maka melangkah la kita ke
alam perkahwinan yang cukup membahagiakan…. seperti pasangan lain kita terasa
begitu bahagia memiliki dan dimiliki.
Mengapa terpanggil untuk membuka lembaran ini? Kerana
terbaca sesuatu yang cukup membawa seribu pengertian… “ Tak terjangkau dengan
kaki dan tak terucap dengan kata-kata indah. Itulah irama kehidupan yang mengalunkan
pelbagai emosi kita”. Cinta merupakan emosi kita… emosi yang cukup tulus
lahir ikhlas dari hati kita… sesuci pemberinya dan sesuci itulah hati
penerimanya… ia memerlukan pengorbanan.. menempuhi satu pertaruhan di mana
berbezakah alam pencintaan dengan alam perkahwinan… jawablah wahai insan yang
bergelar suami dan isteri.. hanya mereka yang mampu merungkaikan persoalan ini
dan persoalan demi persoalan…
Kita yang kecewa kerana cinta
perlukah bercinta lagi… bimbang akan kecewa lagi.. tapi ia telah bermula tanpa
disedari… maka hadapilah, tempuhilah ia kerana kehadirannya mungkin membawa
sesuatu yang berharga dalam kehidupan kita….jadi bukan kerana atas nama cinta,
mencari cinta, sambutlah cintaku dan cinta sang ratu tetapi kerana lumrah
kehidupan yang memerlukan kasih yang suci, indahnya kasih dan mengertinya
sebuah rindu untuk penyatuan dua hati yang saling melengkapi. Oleh itu jadikan
setiap hari adalah hari yang istimewa penuh dengan bunga-bunga cinta yang pasti
terselit sedikit kelayuan dan keguguran sebagai ranjau kehidupan….dan
bercintala kerana Allah S.W.T agar ia lebih diredoi…so selamat pengantin baru
buat semua sahabatku…..kalian berjaya membawa cinta kalian ke alam perkahwinan
yang merupakan bukti cinta penyatuan dua jiwa bagi setiap pasangan yang
berkasih untuk dikenang dan kekal sepanjang hayat. AMIN……
August 25th, 2009 by r-ayuni
Melentang Division kawasan estate milik
penuh Sime Darby…di sini bermula sebuah kehidupan baru bersama insan baru.
Adakah mereka saling sayang menyayangi.. semoga begitu la hendaknya. Pertemuan
dan penyatuan dua hati semoga ia berkekalan dengan sempurna. Amin…. walaupun
pelbagai masalah timbul ku harap mereka teguh berdiri dan berdikari bersama
atas nama cinta yang tercipta untuk mereka. Oleh mereka sendiri. Tiada yang
mampu menghalang namun tiada juga yang menidakkan satu kebenaran yang terpaksa
di terima…
Ku harap ia bukan satu persinggahan
sementara penat. Sementara melepaskan keletihan… biarlah ia selamanya
begitu hingga ke akhir hayat. Walaupun ada pihak yang tidak menerima, merestui
kehadiran ia maka buktikan lah…. ia mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik.
Menjadi seseorang yang boleh dipercayai, diterima dan disayangi..
Masalah timbul lagi apabila kehadiran
insan ketiga yang bukan tepat pada waktunya.. aku menerima kehadiran ia
walaupun tetap ader pihak yang menolak kehadirannya.. bukan menolak selamanya
Cuma memerlukan waktu untuk menerima dan berfikir… merenung wajahnya sayu hati
ini. Mengapa situasi ini berlaku sedangkan ia sesuatu yang bermakna dan yang
penting buat kita… inilah suratan takdir. Penentu segala yang berlaku. Pasti
ader hikmah disebaliknya… pasti ader cahaya dan sesuatu yang terbaik buat
kita…. bersabarlah…..
Maka disitulah mereka meneruskan
kehidupan. Bukan aku sanggup membiarkan tapi apakan daya aku tidak mampu
mengubah sesuatu yang di luar bidang kuasa ku… aku hanya berserah kepada Nya..
agar semuanya akan berjalan lancar dan sempurna. Segala yang keruh akan jernih
semula. Percayalah….
Bukan aku tidak mempercayai insan itu.
Itu bernama lelaki. Tetapi terlalu berhati-hati. Mampukan ia membahagiakan
insan yang aku sayangi… bertanggungjawab atas diri nya dan orang lain. Jika ia
buktikan… aku sedia menunggu sebelum aku bertindak lebih jauh..
Aku
ke sana MD bukan untuk memarahi. Jauh sekali memisahkan malah memberi sedikit
sokongan walaupun aku menerima pelbagai kemarahan di luar sana. Menerima angapan
dan tanggapan yang aku sendiri tidak mampu terima. Tahukah mereka. Bukan senang
tapi ku lalui demi kasih sayang ini. Dan kerana itu ku amat memerlukan
pengirbanan kalian untuk kebaikan bersama. Buktikan lah…Aku akan teruskan jua
berdepan moga ader sinar untuk kita kelak.. sinar yang akan menyinari seluruh
keluarga kita…ingat bukan satu permainan tetapi satu percaturan kehidupan yang
ku harapkan sebauh kebahagiaan yang kekal abadi…..
June 3rd, 2009 by r-ayuni
andai kata masa itu tiba, maka
sesuatu yang bermakna buat diri ku akan berlaku.. aku hargai segala yang
berlaku dan pasti menghargainya…
aper yang berlaku atas kehendak
semua yang pasti mengembirakan semua. hati ini dan hati mereka semua termasuk
hati dia…..
moga impian itu akan tercapai dan
sesuatu yang bermakna akan terus bermakna hingga akhirnya…
June 3rd, 2009 by r-ayuni
disini bakal bermula satu permulaan…
sesuatu yang pasti mengembirakan banyak hati. termasuk hati ini….. semoga
permulaan ini akan terus mekar hingga ke akhirnya..
buat yang bersama di permulaan…
bersabar la… pasti akan ader akhirnya..
November 18th, 2008 by r-ayuni
November
kali ini mencipta sejarah.. sejarah silam dengan citer baru… November bertemu
november dan di mana kah akhirnya.. pantas dan pasti sesuatu yang sukar
diduga..
Doa dan
harapan agar November akan datang membawa seribu kepastian.. membawa jawapan
untuk semua november yang telah berlalu…membawa sesuatu yang pasti dalam
kehidupan..
kehadiran
november membawa kenangan terindah.. kenangan yang tercipta antara kita… moga
dia akan berkekalan selagi november menjelma..
October 8th, 2008 by r-ayuni
Bingkisan
ini aku lakarkan lewat malam tadi. Aku tidak bisa tidur. Tidak bisa melelapkan
mata kerana tiba-tiba sahaja fikiran ini dibawa untuk berfikir. Sampai bile dan
dimana akhirnya……
April
19th, 2008 by r-ayuni
Salam
buat mereka..
diri
ini jarang menulis.. terpanggil untuk menulis tetapi masa begitu singkat..
kesibukan di mana silapnye sering menguasai diri. biarlah selagi ader keperluan
dan kemahuan..selagi ia memberi rezeki dan kebahagian.
bercerita
pastinye memerlukan mood n idea.adakah hari ini mood yang terbaik. coretan ini
untuk diri ku yang terkapai2 dalam pencarian sesuatu yang pasti.
menolak
takdir ibarat menolak ketentuanNya.. tetapi ia terlalu sukar untuk
ditempuhi..sesungguhnya diri ini bersyukur atas ape yang dikurniakan. terlalu
banyak yang tak mampu dinilai..
ceritaku
bermula disini……
diri
ini terlalu menghargai kehadirannya.. tanpa nya adakah diri ini mampu berdiri
teguh seperti sebelum ini dan hari nie. tiada lagi air mata mampu kutangisi
kerana andai ditentukan ia pergi jua. aku pasti pasrah..cuma Ya Allah berilah
diri ini kekuatan menempuhi tanpa mereka insan-insan yang tersayang..
pilihan
keluarga atau pilihan sendiri.. sukar untuk menentukan. wahai insan yang ku
sayang. satu2nya darah daging yang ku miliki setelah kepergian L .. diri ini
bersedia menguruskan tapi berfikirlah semua atas aper yang dirimu pinta.. bukan
aku tidak mampu menunaikan tapi fikirlah kerana perkahwinan bukan untuk
sehari..
seandainya terjadi jua, aku bisa menjaga hati demi kebaikan kedua-dua belah pihak. ingat lah diri ini sentiasa disamping mu dekat dihati walaupun jauh di mata.
aku sayang padamu dan keluarga kita adalah keluarga yang kecil. jangan di hancurkan keluarga ini.
seandainya terjadi jua, aku bisa menjaga hati demi kebaikan kedua-dua belah pihak. ingat lah diri ini sentiasa disamping mu dekat dihati walaupun jauh di mata.
aku sayang padamu dan keluarga kita adalah keluarga yang kecil. jangan di hancurkan keluarga ini.
peluang
ader di mana2. tp bagaimana harus ke ambil setiap peluang yang ada. rasa belum
cukup kekuatan ini tapi kapan bila ia akan cukup… telah banyak ku lalui, rasai
tapi mengapa belum jua ader yang terkena… ya mungkin belum ader rezeki tapi di
mana silap ku kini.. aku harus berfikir untuk berubah, mengubah dan terubah
sesuatu yang terbiasa..
inilah
laluan kehidupan dalam 3 cerita.. dalam tahun 2008.
February
7th, 2008 by r-ayuni
07022008
tarikh bermula sesuatu yang sepatutnya belum bermula… maka ia ibarat kosong
tapi bermakna.. diriku pergi dengan penuh makna dan permintaan… tp semuanya
diperolehi tetapi diri ini ibarat kosong bile berhadapan… pelbagai persoalan
bermain di minda… beribu pertanyaan yang tak mampu ditanya dan dijawab…
siapakah yang harus dipersalahkan.. keadaan, masa, situasi dan tika itu…
walaupun sudah berlalu.. kenangan tetap diingatan… adakah mudah terpadam,
dipadam, musnah dan dilupuskan begitu saja…
tiada
kebenciaan di hati ini, tiada dendam di hati ini, cuma hati ini kosong. ibarat
tak dapat merasai apakah rasanya jika adanya… bukan menidak keperluan hakiki,
menolak takdir, tetapi belum bersedia menerima semuanya…
banyak
yangku tahu maka lg banyak yang ingin ku tahu.. ingin ku fahami, ingin ku ketahui
dan ingin ku bongkar… tetapi ia adalah sesuatu yang sukar untuk di cari, di
temui dan di kenal pasti…
kemaafkan
ikhlas telah lama diberikan, cuma hati ini kosong menerima… terfikir perlu atau
tidak, untuk apa n mengapa mesti…
inilah
sesuatu yang kosong tapi bermakna…kosong yang perlu difikir untuk diisikan dan
bermakna kerana tanpanya tiada la diri ini…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan