Sabtu, 28 Januari 2017

Coretan 2008...Al-fatihah



AL – FATIHAH

Al-fatihah buat ketenangan insan yang amat kusayangi.. hari ini aku terlalu rindu padanya.. tika aku sedang menjaga peperiksaan akhir  tahun di sekolah, di mana tempat bermulanya kerjayaku.  4 Perdagangan 2.. Kelas anak didikan ku..aku teringat  akan kenangan kita.  Dulu kelas perdagangan adalah kelas pilihanku.. kini aku mengajar di kelas perdagangan bagi mata pelajaran keusahawanan.. prinsip perakauanan adalah matapelajaran kegemaranmu.. aku tidak mengajar  Cuma jurusan perdagangan ini pasti kedua-dua matapelajaran ini.. keusahawanan dan prinsip perakaunan.. perjuangan ku bermula di kelas perdagangan yang jua pilihanku keranamu.. pilihan kita bersama..
Aku rindu padamu.. rindu pada senyumanmu.. rindu ingin memeluk dirimu.. rindu atas segala-galanya yang pernah kita lalui bersama dulu.. rindu serindu rindunya..rindu tentang kenangan kita. Yang pernah kita impikan bersama. Yang pernah kita angankan bersama. Yang pernah kita bualkan bersama. Namun suratan takdir. Takdir  tuhan yang maha esa tidak mampu kita teruskan bersama..
Kini tinggal aku sendirian.. meneruskan perjuangan ini tanpa dirimu disisi.. terlalu hebat dugaan itu bagiku.. kau tempat aku mengadu, meluahkan, menceritakan dank au lah segalanya yang terlalu memahami diri ini..
Pada mulanya terlalu berat dugaan ini. Terlalu sukar bagi diriku menerima hakikat bahawa aku akan kehilanganmu. Yang pasti aku memang sudah kehilanganmu.. hilang yg tidak akan berganti.. aku rindu padamu.. sungguh dan percayalah.. aku mmg rindu padamu.. rindu akan wajahmu.. terbayang dan bermain di mata ini.. ingatanku tidak akan hilang terhadapmu.. percayalah…aku terlalu sedih tanpamu.. namun aku redo dan pasrah..
Mengapa suratan takdir memisahkan kita. Pasti akan hikmah disebaliknya.. pasti ia mahu aku kuat seperti kekuatan semangatmu.. sesungguhnya aku telah lama  pasrah dan menerima hakikat akan kepergiaan mu dengan iringan doa.  Semoga kau akan ditempatkan disisi orang2 yang beriman. AMIN… semoga kau akan dirahamti Allah SWT…
Dan doakan kejayaan aku.. aku meneruskan perjuangan kita. Meneruskan kehidupan dan pejuangan untuk nasib keluarga dan diri ini..Maafkan Aku wahai Insan yang amat kusayangi..
Buat insane tersayang kakak yg tercinta LATIPAH BINTI MD YUSOF..aku rindu padamu RAMLAH AYU BINTI MD YUSOF..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan